Doku-Drama AmanahRaya

Baru-baru ini Amanah Raya Berhad telah siap menjalankan kerja-kerja penggambaran bagi Doku-Drama AmanahRaya bertajuk ‘Wasi’. Ia merupakan doku-drama 13 episod dan setiap episod mengambil masa tayangan selama 30 minit di TV1.  Drama ini yang memaparkan kisah benar telah diolah menjadi lebih berinfomasi dan sesuai untuk tontonan segenap peringkat usia dan latar belakang masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Drama berdasarkan kes sebenar yang dialami oleh kebanyakkan daripada masyarakat kita ini, dijangka dapat memberi pendedahan meluas dan secara holistik mengenai proses dan permasalahan berkaitan perancangan dan perwarisan…