Doku-Drama-Wasi-AmanahRaya

Doku-Drama AmanahRaya

Baru-baru ini Amanah Raya Berhad telah siap menjalankan kerja-kerja penggambaran bagi Doku-Drama AmanahRaya bertajuk ‘Wasi’. Ia merupakan doku-drama 13 episod dan setiap episod mengambil masa tayangan selama 30 minit di TV1.  Drama ini yang memaparkan kisah benar telah diolah menjadi lebih berinfomasi dan sesuai untuk tontonan segenap peringkat usia dan latar belakang masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Drama berdasarkan kes sebenar yang dialami oleh kebanyakkan daripada masyarakat kita ini, dijangka dapat memberi pendedahan meluas dan secara holistik mengenai proses dan permasalahan berkaitan perancangan dan perwarisan harta pusaka di Malaysia.

Dikategorikan sebagai Doku-Drama, drama berkisar permasalahan perwarisan harta ini, akan ditayangkan setiap Isnin jam 10.00 malam bermula 27 Oktober 2014 di TV1. Oleh yang demikian, demi menjayakan objektif penggambaran & tayangan ini, pihak AmanahRaya menyeru semua pihak untuk sama-sama mewar-warkan jadual tayangan.

Semoga dengan usaha kita untuk mewar-warkan tayangan ini, dapat sekaligus memberi kesedaran kepada saudara mara & sahabat taulan tentang proses & permasalahan perwarisan harta pusaka. Untuk memudahkan penyebaran, maklumat tayangan adalah seperti berikut:

Projek : Doku-Drama AmanahRaya
Tajuk Drama : Wasi
Masa tayangan : 30 minit
Jadual siaran : Setiap Isnin jam 10.00 malam
Media : TV1, RTM