Konvensyen Rakan Mukmin 2013

banner-krm2013-new

Assalamua’alaikum Rakan-Rakan Warisan Mukmin dan para pengunjung yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa Warisan Mukmin Sdn Bhd, Ejen Korporat Amanah Raya Berhad (Kod: EK031) akan menganjurkan Konvensyen Rakan Mukmin 2013 yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 5hb Oktober 2013 bertempat di PKNS BizPoint, No 67C, Tingkat 3, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Konvensyen kali ini merupakan kali ketiga ianya diadakan selepas buat pertama kalinya diadakan pada tahun 2011 dan tahun lepas 2012 untuk kali keduanya.

Antara acara yang paling hot dan dinanti-nantikan sepertimana pada program Konvensyen yang lalu ialah Penerima Anugerah Rakan Cemerlang  & Terbaik untuk Rakan Mukmin.

Bagi tahun 2010, penerima Anugerah Rakan Terbaik dimenangi oleh En. Mohd Ali Murad dari Sarawak dan bagi tahun 2011, penerimanya ialah Tuan Hj Zulkifli Md Saad dari Kuala Lumpur.

Siapakah pemenangnya bagi tahun 2012 kali ini? Sama-samalah kita ikuti pada konvensyen kali ini. Adakah mungkin ANDA?

Pelancaran Mukmin Network & Seminar Program RakanBiz Mukmin Network

Pada Konvensyen kali ini, satu program terbaru akan dilancarkan iaitu Program RakanBiz Mukmin Network, satu program Jihad Bisnes Muamalah terkini dengan menggunakan pendekatan teknologi pemasaran alaf baru – “Pemasaran Internet!”.

Berikut ialah maklumat lanjut mengenai program ini:

Nama Program: Konvensyen Rakan Mukmin Kali Ke-3 (2013)
Penganjur: Warisan Mukmin Sdn Bhd
Tarikh: 5hb Oktober 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: PKNS BizPoint, No 67C, Tingkat 3, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Bayaran Masuk: PERCUMA

KATEGORI PESERTA:

(i) Ahli / Rakan Mukmin berstatus Wakil (WL), Pengurus Kumpulan (PK) & Perunding Eksekutif (PE)
(ii) Ahli / Rakan Mukmin berstatus Rakan Bersekutu (RB)
(iii) Terbuka – Orang ramai yang berminat menjadi Ahli Rakan Mukmin Baru (termasuk RakanBiz Mukmin Network)

TAWARAN ISTIMEWA KRM-2013

Akan diumumkan pada hari Konvensyen & Pelancaran Mukmin Network
Datang Jangan Tak Datang >>> “Rugi Kalau Tak Datang”

PROGRAM TENTATIF

8.00 am – 9.00 am
Pendaftaran Peserta

9.00 am – 10.00 am
Ucapan Aluan:
YBhg Hj Mohd Safri bin Mahat
Ketua Pegawai Eksekutif,
Warisan Mukmin Sdn Bhd

Ucapan Tetamu Kehormat:
YBhg Encik Ahmad Lokman bin Ibrahim
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan
Amanah Raya Berhad

Ucapan Perasmian:
Konvensyen Rakan Mukmin Kali Ketiga (2013)
Oleh: YBhg. Dato’ Hj Mohd Nahwari bin Hj Hashim
Pengerusi, Warisan MUKMIN Sdn. Bhd.

Pelancaran Portal MUKMIN NETWORK – ‘Berdakwah Bermuamalah Di Hujung Jari Anda’
Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan 2012

10.00 am – 10.30 am
REHAT

10.30 am – 12.30 pm

Sesi Bersama Rakan Mukmin:
– Perkembangan Terkini WMSB (Jan-Sept 2013)
– Perancangan Sukuan Akhir 2013 (Okt – Dis 2013)
– Perancangan dan Sasaran 2014

Seminar Khas: Program RakanBiz MUKMIN NETWORK
“Berdakwah, Bermuamalah Di Hujung Jari Anda” – Satu Revolusi Jihad Bisnes Muamalah Alaf Baru!

Sesi Tawaran Khas RakanBiz MN (Untuk Para Hadirin Sempena Pelancaran RBMN sahaja!)

12.30 pm – 1.00 pm
Sesi Bergambar & Bersurai

PESERTA: TERBUKA KEPADA ORANG RAMAI

BAYARAN MASUK: PERCUMA

[button link=”http://mukminnetwork.com/borang-pendaftaran” window=”yes”]PENDAFTARAN KEHADIRAN[/button]

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Safri Mahat.